Suku Kaum Kagayan

Pengenalan
Etnik Kagayan atau Jama Mapun adalah sub-etnik dari suku besar keluarga Bajau. Etnik Kagayan juga dikenali dengan nama Bajau Kagayan, Sama Kagayan atau Cagayan. Dari segi linguistik dan kebudayaan, orang-orang Kagayan lebih dekat dengan dengan saudara Bajau-nya dari suku Bajau Tempasok (Sama Kota Belud). Etnik Kagayan banyak di temui di beberapa daerah di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna dan banyak lagi. Selain itu etnik Kagayan ini juga menghuni beberapa kepulauan di perairan Utara Sabah dan Pantai Timur Sabah sehingga sehingga ke Pulau Mapun (Tawi-Tawi) di bawah kekuasaan negara Filipina. Walau bagaimanapun, oleh kerana orang-orang Kagayan sudah terbisa menetap dan berulang alik dari satu pulau ke pulau yang lainnya termasuk pulau besar Borneo, sempadan yang digariskan oleh penjajah dan politik antarabangsa, adalah seolah-olah tidak terpakai untuk mereka kerana kawasan perairan Borneo Utara (Banggi, Kudat, Sandakan) dan Selatan Filipina (Pulau Mapun, Pulau Palawan, Pulau Taganak) merupakan tanah air mereka.
Orang-orang dari etnik Kagayan lazimnya menghuni di sepanjang persisiran pantai atau kawasan yang berdekatan dengan laut kerana kebanyakan kaum ini memilih untuk berkerja sebagai nelayan. Sehingga pada hari ini ramai suku kaum ini telah menjadi nelayan moden berbanding pada kehidupan mereka pada masa dahulu yang hanya menggunakan peralatan tradisional, contohnya pukat (pukut), sampan (bagung), kapal (lanca) buatan sendiri dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini suku kaum ini sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelaut.

Adat dan Budaya Bangsa Kagayan
Orang-orang Kagayan mengalami perkahwinan campur dari bangsa-bangsa lain yang datang dari luar kepulauan nusantara sejak dari dulu lagi seperti bangsa Arab, dan Cina. Tradisi atau adat resam suku kaum Kagayan juga dapat dilihat melalui perkahwinan, bagi suku kaum kagayan adat perkahwinan mestilah didahului dengan rombongan lelaki ke rumah pihak keluarga perempuan untuk tujun merisik.

Dalam adat perkahwinan bagi suku kaum kagayan, majlis dibuat sebelum hari prkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu disandingkan

Bagi adat bersalin masyarakat kagayan, semasa bersalin ,apabila sudah tiba masanya,bidan akan segera dipanggil dan peralatan tertentu turut disediakan.Adakalanya di bawah rumah tersebut,duri dan benda-benda tajam akan di letakkan bagi mengelakkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi.Selepas kelahiran,si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang.Antaranya ialah,si ibu harus memakai sarung yang berwarna gelap,biasanya hitam,kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayi.

Adat kematian pula bagi kaum kagayan, semasa kematian apabila seseorang itu meninggal dunia,doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Mayat akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama islam. Semasa pengebumian, selepas disembahyangkan si mati akan di kebumikan. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara-mara terdekat akan dilakukan. Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat.Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa. Seterusnya upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh masyarakat islam lain akan diadakan. Biasanya dari hari pertama hingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang. Antaranya ialah,dari hari pertama sehingga hari ketujuh,rumah si mati tidak boleh dicuci.

Pakaian

 


Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Kagayan, wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala,Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

Makanan Bangsa Kagayan
Suku kaum Kagayan terkenal dengan makanan ubi-ubian seperti ubi kayu untuk dijadikan putu, dan kinuha, makanan laut seperti agar-agar, latok, sendulai, hanga-hanga, sikad-sikad, tayum, tehek-tehek, dan sebagainya .
Putu
Selain itu, makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu di masak secara stim. Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung.

Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang duparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga warna kekuning-kuningan.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Kagayan adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang kagayan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang.

Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.

Lagu / Alat Muzik Kaum Kagayan
  • Lagu Kagayan


  • Alat Muzik

Kulintangan
Antara alat muzik kaum kagayan adalah kulintangan. Kulintangan merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan dalam majlis keraian seperti majlis perkhawinan. Selain itu, alat muzik ini juga merupakan alat muzik yang mengiringi tarian lunsai iaitu tarian kaum kagayan.
Selain itu, terdapat juga alat muzik yang lain yang digunakan seperti :

Babandil
Gendang
Gong

Cerita Dongeng
Lagenda Batu Bajau
Oleh Fidelis Insing

    Pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di kampung Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia berasal daripada kaum Bajau. Isterinya juga mempunyai ketinggian yang sama dengan Bajau.

    Walaubagaimanapun tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana Bajau hingga kini. Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang sangat besar. Tapak kaki Bajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat faedah daripada Bajau terutamanya dari segi makanan. Apabila orang-orang kampung hendak menangkap ikan, maka Bajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang kampung akan mengumpul ikan-ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau berbaring.

    Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku. Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang tinggal di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang mencemburui kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk membunuh Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun. Namun demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah sia-sia sahaja kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja.

    Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti yang dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu Bajau. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu Bajau.

    Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar.  Batu ini secara semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan menjadi sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-merta atau menemui ajal. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh sakit. Terdapat orang ramai yang sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru atau mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi memastikan roh-roh itu tidak diganggu. 

Tarian

  • Tarian Runsai / lunsai
Tarian Lunsai adalah tarian tradisional kaum kagayan. Terdapat juga kaum lain yang menarikan tarian ini yang  sama rentak dan iramanya. Tarian ini biasanya ditarikan dalam majlis perkhawinan dan malam berinai. Tarian ini ditarikan secara beramai-ramai. Tarian ini ditarikan dalam bentuk bulatan dimana seorang demi seorang akan menari sehingga menjadi satu bulatan. Ianya tidak terhad kepada sesiapa yang ingin menari. Tarian ini juga diiringi dengan lagu-lagu atau irama-irama yang dinyanyikan oleh penari-penarinya. Tarian ini juga ditarikan dengan bergerak dalam satu bulatan sambil menghentak kaki di atas lantai seakan-akan irama muzik gendang yang mengiringi lagu yang dinyanyikan.



  • Tarian Igal-Igal atau Daling-Daling
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau-Kagayan di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau-Kagayan di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. 

Perkataan dalling-dalling adalah kata terbitan ganda "dalling" menjadi "dalling-dalling", daripada perkataan Sinamah yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalling-dalling diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

Pantang Larang
Antara kepercayaan dan pantang larang yang terdapat dalam kaum kagayan adalah seperti amalan dalam kegiatan ekonomi, amalan pembinaan rumah, wanita yang mengandung dan ketika menyambut kelahiran bayi, upacara tolak bala. Selain itu, terdapat juga amalan kepercayaan dan pantang larang harian dalam kaum kagayan seperti jika tengah memasak tidak boleh menyanyi terutama anak dara kerana kaum kagayan mempercayai akan mendapat pasangan yang tua semasa berkhawin nanti.

Selain itu, anak dara juga tidak dibenarkan untuk duduk diatas tangga rumah depan ataupun tangga dapur kerana dipercayai lambat menerima jodoh. Kepercayaan atau pantang larang ini bukan sahaja melibatkan golongan anak dara tetapi melibatkan juga golongan kanak-kanak.

Tambahan itu, bayi ataupun kanak-kanak yang dibawah berjalan atau ditinggalkan sementara oleh ibu bapanya hendaklah dipanggil semangatnya dengan seruan "oh " kerana kaum kagayan dengan memanggil semangat ia dapat mengelakkan kanak-kanak atau bayi tersebut keteguran. Perbuatan bersiul pada waktu siang ataupun malam tidak boleh dilakukan oleh kaum kagayan terutamanya wanita. Hal ini demikian kerana, jika perbuatan ini dilakukan pada waktu siang ia dianggap sial manakala jika dilakukan pada waktu malam pula ia dianggap memanggil hantu. Hal ini demikian, perbuatan bersiul ini merupakan permainan syaitan dan iblis.

Disamping itu, wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus,wanita hamil juga tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana di bimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.


Bahasa
  • Nombor
Issa - Satu
Dua - Dua
Tellu - Tiga
Empat - Empat
Lima - Lima Ennom - Enam
Pitu' - Tujuh
Wa-u' - Lapan
Siyam - Sembilan
Sepu - Sepuluh
Sepu dembua' - Sebelas
Sepu dua - Dua belas
Sepu tellu {Empat-Siyam} - Tiga {Empat-Sembilan} belas
Dua {Tellu-Siyam} mpu' - dua {Tiga-Sembilan} puluh
Dehatus - Seratus
Dua {Tellu-Siyam} hatus - Dua {Tiga-Sembilan} ratus
Delibu - Seribu Dua {Tellu-Siyam} libu - Dua {Tiga-Sembilan} ribu Dejuta - Sejuta
Dua {Tellu-Siyam} juta - Dua {Tiga-Sembila} juta
Delaksa - tidak terkira; sangat banyak.
  • Warna
Abu - Kelabu Bilu - Biru
Ekket - Merah Gadung - Hijau
Itom - Hitam Jingga' - Jingga
Kalas - Merah Jambu
Kunit - Kuning
Pote' - Putih
Tauk - Ungu
  • Perkataan Yang Tidak Boleh Berdiri Sendiri
Bah; Contoh ayat: Niyak Bah. - Tidak bah.
Sik; Contoh ayat: Pingga-i sik kam? - Pergi mana kamu?


Tek; Contoh ayat: Pingga-i tek kam? - Pergi mana kamu?

No comments:

Post a Comment