Wednesday 20 July 2016

Pengalaman Balik Kampung Oyang

Pada musim perayaan baru-baru ini, saya dan keluarga balik ke kampung moyang saya iaitu nenek kepada ayah saya. Banyak pengalaman yang menarik yang saya dapat. Perjalanan untuk balik ke kampung oyang sangat mencabar dan jauh. Kampung oyang saya terletak di kawasan pendalaman kat Paitan. Disana saya dapat merasai kehidupan ketika berada di kawasan pendalam.

Kat sana, penduduknya mesra sangat-sangat. Kalau kat tempat lain, sukar kita nak jumpa pendudk yang mesra tau. Ada pun jarang-jarang. Kat sana takde rangkaian, air pun cukup-cukup jer. Maklumlah kawasan pendalaman. Tetapi mereka semua pandai uruskan diri.

Waktu saya dan keluarga tiba, kami pergi ke rumah oyang saya dulu. Kebetulan waktu tu, banyak rumah yang mengadakan rumah terbuka. Kami pun pergi lah. Memang best sangat. Sampai penuh perut bab asyik makan jer kerja. Dari waktu pagi, hinggalah maghrib.

Disamping itu, saya dapat juga kenalan kat sana. Just kawan-kawan jer.. Kalau dibandingkan dengan orang bandar, mereka sama taraf ngan orang kaya tau. So, jangan pandang rendah ngan diorang. Kat sana kami bermalam kat rumah nenek saya. Kat sana penduduknya walaupun dah tua, tapi lihat pada rupa, nampak mudah lagi, nampak cam sebaya ngan ibu dan ayah saya.

Sepanjang saya kat kampung oyang saya, banyak yang dapat saya pelajari. Terutamanya cara hidup mereka. Walaupun setaraf ngan orang kaya yang lain, tapi jika just lihat jer, nampak cam penduduk yang sangat miskin. Disana tiada rangkaian untuk berkomunikasi.

Disini boleh dikatakan mereka seperti belum terdedah dengan kehidupan sosial. Tapi bagus juga bab diorang tak lah macam orang kat luar, asyik-asyik menghadap telefon jer kerja. Pembelajaran pun merosot. Saya dapati, semua penduduk yang belajar kat sana, semuanya mendapat keputusan yang cemerlang. Ada yang jadi pendakwah, usahawan dan banyak lagi.

Beza sungguh dengan orang yang lain. Bila tanya keputusan, saya agak malu ngan diorang sedangkan saya mudah untuk pergi belajar tetapi saya sukar untuk mendapat keputusan seperti diorang. Ingat tau, jangan sesekali hina orang kampung.. Jika ada sesiapa di kalangan korang belum pernah balik ke kampung.. ajak lah mak dan ayah kita tuk balik ke kampung.. dan rasa sendiri kehidupan sebenar orang kampung cam mana... jangan nak merasai hidup mewah jer.. kalau kita tak rasai.. kita tak tau gambaran duk kat kampung..

Sehingga berjumpa lagi.... Bye... :) ;)



2 comments:

  1. Casino online in Nigeria
    We use cookies to novcasino improve your experiences and services at Casino Online. With the kadangpintar right permissions, we can help you nba매니아 to https://access777.com/ place more  Rating: 5 · ‎1 gri-go.com vote · ‎Free · ‎Android · ‎Game

    ReplyDelete